Posts

Image
CERAMAH AMAN PALESTIN  Pada 10 Jun 2017, SBP IntegrasiGombak telah didatangi seorang penceramah luar untuk membincangkan isu Palestin yang hangat diperkatakan. Ceramah ini diadakan kepada pelajar INTEGOMB agar mereka dapat mengetahui isu semasa yang sedang berlaku. Selain itu, ceramah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar INTEGOMB menghayati dan bersimpati terhadap saudara seislam mereka yang berada dalam keadaan menderita disebabkan kekejaman tentera Israel.  Sebelum ceramah dimulakan, bacaan yassin dan solat hajat diadakan bertujuan untuk mendoakan sauadara-saudara Palestin kita agar sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapi.  Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendoakan rakyat Palestin agar tuhan akan memberkati mereka agar rakyat Palestin dapat mengalahkan tentera Israel. AMAN PALESTIN!! ^_^ 
Image
        SEPETANG BERSAMA USTAZ DON DANIYAL     Pada 28 Mei 2017, SBPI Gombak telah menjemput penceramah jemputan yang popular, Ustaz Don Daniyal untuk memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 5. Ceramah ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 dan guru bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada bulan November.           Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penyampaian beliau. Ustaz Don yang kerap muncul di kaca televisyen  memberikan pesanan dan nasihat secara santai dan penuh bermotivasi. Antara pesanan beliau adalah sentiasa bersyukur, bersangka baik dan menafaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. selain itu, Ustaz Don turut menasihati para pelajar agar berbuat baik kepada ibu bapa kerana ibu bapalah insan yang telah membesarkan kita.     Ustaz Don juga sempat meluangkan masanya bersama guru-guru INTEGOMB dan berkongsi pengala...