SEPETANG BERSAMA USTAZ DON DANIYAL
 
 
Pada 28 Mei 2017, SBPI Gombak telah menjemput penceramah jemputan yang popular, Ustaz Don Daniyal untuk memberikan ceramah kepada pelajar tingkatan 5. Ceramah ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar tingkatan 5 dan guru bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada bulan November.
 
 
 
 
 
Pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penyampaian beliau. Ustaz Don yang kerap muncul di kaca televisyen  memberikan pesanan dan nasihat secara santai dan penuh bermotivasi. Antara pesanan beliau adalah sentiasa bersyukur, bersangka baik dan menafaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. selain itu, Ustaz Don turut menasihati para pelajar agar berbuat baik kepada ibu bapa kerana ibu bapalah insan yang telah membesarkan kita.
 
 
Ustaz Don juga sempat meluangkan masanya bersama guru-guru INTEGOMB dan berkongsi pengalaman beliau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments